PENGURUSAN

  

Pengurusan Pusat Pendidikan Ummah dikendalikan oleh Muhaimin Sulam, iaitu bekas penolong kanan 1 Maahad al Islah. Beliau mempunyai pengalaman dalam dunia pendidikan selama 12 tahun khususnya di sekolah menengah agama rakyat. Berikut adalah latar belakang pendidikannya;

Ijazah Sarjana Muda Sastera UM (BA. Hons).

Diploma Pendidikan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (Dip. Educ).

Ijazah Sarjana Sains Politik UKM (MA. Sc. Politic).

 

 

  SEKILAS PANDANG

PUSAT PENDIDIKAN UMMAH (PPU) adalah sebuah institusi pendidikan yang mula beroperasi sejak Jun 2001.  PPU merupakan salah satu usaha yang dibina hasil  pengembangan daripada sistem pendidikan Maahad Al Islah.

Sebagai menepati motto `Kesinambungan tradisi generasi celik Al Quran dan Jawi, Pusat Pendidikan Ummah menyediakan pendidikan Jawi, belajar Al Quran dan Fardhu Ain bagi kanak-kanak dan juga golongan remaja serta dewasa di sekitar bandar Teluk Intan.

Di samping itu, Pusat Pendidikan Ummah juga menganjurkan program motivasi dan pembangunan potensi insan kepada masyarakat umum. Salah satu program yang dijalankan setiap tahun ialah Kem Remaja Excellent. Program ini bercorak bimbingan motivasi secara praktikal dan ketahanan diri dan mendedahkan teknik "survival time management" kepada remaja.

Kami juga menyediakan perkhidmatan sewa dewan dan kelas untuk kegunaan kursus, mesyuarat, seminar dan sebagainya. Peralatan atau alat bantuan juga disediakan.

Pejabat dan kelas Pusat Pendidikan Ummah beralamat di 101 Denai Intan, Bandar Baru Teluk Intan merupakan bangunan dua tingkat yang bernilai RM300,000.00 dan dimiliki sepenuhnya oleh Maahad al Islah. Terletak di bandar Teluk Intan yang merupakan pusat bandar moden yang pesat membangun bagi daerah Hilir Perak.